Calon SPM Ini Minta Kebenaran Ke Tandas. Slps Keluar Tandas Calon Ini Minta ‘SESUATU’ Yg Buat Cikgu TERGAMAM !!!

Hari ketiga mengawas SPM 2017…
Paper sejarah kertas 2…
Masa: 10.00 pg hingga 12.30 tghari…
Setelah 20 minit masa berlalu… seorg calon lelaki… bersongkok… air muka bersih… tiba-tiba mengangkat tangan… meminta kebenaran ke tandas… saya benarkn sambil mengiringi beliau… sblm tu dah perasan yg beliau mcm tak keruan…

Kedengaran bunyi air drpd dlm tandas… calon tadi keluar & saya lihat wajah & tangannya basah smbil tangannya memegang stokin & kasutnya…
“Izinkan saya solat sekejap ye cikgu… saya blank…” ujarnya meminta kebenaran…
Belum pun sempat saya berkata apa-apa seraya tergamam… calon itu sudah pun mengangkat takbiratulihram…

Terkedu saya sambil memerhatikan beliau solat… solat tanpa sejadah tetapi sujud dgn dahi menyentuh lantai simen yg amat naif itu… Allahu Akbar…
Tiba sujud di rakaat terakhir… agak lama beliau sebegitu…
Selepas memberi salam… beliau mula menangis tersedu-sedu seraya berkata…

“Cikgu… saya blank… tiba2 saya rasa otak saya kosong… Trial haritu saya dpt sejarah A+…”
Tetiba rasa keibuan saya hadir & tanpa sedar turut sama-sama menangis sambil saya menggosok belakangnya & memintanya beristighfar & membaca Al Fatihah… 😣😣😣
“In shaa Allah… Allah bantu awak… buat yg terbaik ye…” ujar saya…

Dia angguk & bangun menuju ke dewan semula… Allahuakbar…
Semoga Allah permudahkan urusanmu duhai anak muda… perjalanan mu masih jauh… semoga terus istiqamah mengharapkan Allah sbg penolong dikala kebuntuan…

Pengajaran yg saya dpt drpd beliau…
ALLAH jua lah sebaik-baik penolong… kita terlalu kerdil… maka bersujudlah… minta lah pd Allah…

Terima kasih kerana pengalaman yg cukup bermakna ini duhai anak muda…
Admin share kerana saya rasa tak ramai anak muda skrg seperti beliau…

Sumber : eraviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *