‘Nasib baik encik bilal tolong…’ Mangsa Banjir Ceritakan Pekara Sebenar Apa Yang Berlaku

“MULANYA saya ragu-ragu, tapi encik bilal cakap nyawa lebih penting…tak boleh tunggu lagi.

“Jadi, kami semua termasuk orang tua dan budak terus masuk ke dalam surau,” kata Lee Swee Cheng, 50, penduduk di Lengkuk P Ramlee yang menumpang surau Taman Free School, Georgetown selepas rumah mereka dinaiki air, Ahad lalu.

Menurutnya, ketika banjir melanda kira-kira 2 pagi itu, arus sangat kuat dan mereka bernasib baik kerana bilal surau, Sapno Tukijo, 50, menghulurkan bantuan.

“Nasib baik encik bilal menolong kami ketika itu dan dia sedaya upaya membawa mangsa banjir menyeberang jalan dengan mengikat tali untuk ke tokong di seberang jalan.

“Namun, arus deras menghalang pergerakan kami dan encik bilal akhirnya menyuruh kami menumpang di surau buat sementara waktu,” katanya.

Menurutnya, mereka tinggal berjiran dengan Sapno dan semua penduduk di kawasan terbabit memang mengetahui yang bilal berkenaan suka membantu.

“Dia memang jiran yang baik hati, peramah dan mudah membantu orang lain.

“Saya sangat berterima kasih kepadanya kerana sudi membantu kami ketika banjir yang mencecah paras dada melanda kawasan rumah,” katanya.

Sumber : eraviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *