AISKRIM JUTAWAN INI DIJUAL PADA HARGA RM548 DAN SIAP DALAM MASA 4.5 JAM!… JOM TENGOK APA YANG BUAT AISKRIM NI MAHAL SANGAT!…

Aiskrim jutawan ini dijual pada harga RM548 dan siap dalam masa 4.5 jam!… Jom Tengok Apa Yang Buat Aiskrim Ni Mahal Sangat!…

Kali ini, kami ingin berkongsi hidangan pencuci mulut mahal yang boleh didapati di pusat membeli-belah sahaja. Tidak perlu ke restoran eksklusif untuk menikmatinya.

aiskrim mahal billionaire soft serve selfridges 505

Sekiranya anda penggemar aiskrim import mahal berjenama seperti Ben & Jerry’s, Haagen Dazs dan sebagainya, mungkin anda perlu cuba aiskrim kon terbaru ini jika anda berkunjung ke London.

Pusat beli-belah Selfridges di sana baru-baru ini memperkenalkan aiskrim yang diberi nama “Billionaire Soft Serve” yang dijual pada harga £99 (RM548).

aiskrim rm548 mahal dengan emas berlian
Kenapa mahal sangat?
Ini disebabkan aiskrim seberat 350gram itu mengandungi elemen-elemen berikut:

1. Gelato karamel masin.

2. Kon buatan tangan yang dicelup ke dalam coklat gelap Madagascar yang jarang ditemui.

3. Batang pipet dan sfera gelato yang diisi ekstrak buah mangga, halia dan markisah.

4. Truffle coklat putih Belgium yang diisi sos karamel masin.

5. Macaron raspberi yang dihiasi dengan coklat putih dan berlian tulen yang boleh dimakan.

aiskrim mahal billionaire soft serve selfridges 2 553

6. Helaian dedaun emas 24 karat.

7. Batang coklat yang dibalut dengan daun emas.

8. Sudu coklat dengan emas.

9. Kacang pecan yang dikaramelkan.

Walaupun jumlah masa keseluruhan elemen aiskrim mengambil masa lebih dari 4 jam untuk dibuat, namun kebanyakan elemen sudahpun disediakan lebih awal.

Walau bagaimanapun, aiskrim ini hanya akan mula disiapkan apabila pelanggan membuat pesanan dan para pelanggan perlu menunggu lebih kurang 15 minit sebelum boleh menikmati aiskrim lazat ini.

Tontonlah sendiri bagaimana aiskrim ini dihasilkan:

Bolehlah cuba sendiri kalau nak tahu rasa keajaiban aiskrim mahal ini. Kalau cair dan termenitik atas lantai, jangan menangis pula ya!

LEBIH ARTIKEL MENGENAI AIS KRIM…

Tidak lama dulu, aiskrim berperisa nasi lemak menjadi tular selepas diperkenalkan. Ia bukan sahaja menggamit kenangan sewaktu kecil ketika makan aiskrim beramai-ramai bersama kawan, malah ia juga mempunyai rasa asli makanan terkenal negara kita.

aiskrim nasi lemak

Semasa kita kecil, kita hanya nampak 3 atau 4 perisa aiskrim sahaja. Tapi kini, dengan kecanggihan teknologi dan minda usahawan yang kreatif, semakin banyak perisa aiskrim yang eksotik dan pelik diperkenalkan.

#1 Sumsum tulang dan ceri manis

sumsum tulang aiskrim ceri

Kedai Salt & Straw di Oregon, Amerika Syarikat sedang mencari inspirasi untuk mencipta perisa aiskrim baru. Mereka kemudian membakar sumsum tulang dan mencampurkan ceri manis yang telah disalai dengan bunga lawang, jintan dan sirap bourbon. Maka terciptalah perisa baru yang agak pelik tapi menyelerakan ini.

#2 Kopi Vietnam, Kari Mentega Kacang dan Almond Bersalut

aiskrim kopi kari dan mentega kacang

Diperbuat daripada Kopi Vietnam Blue Bottle, para pekerja Humphry Slocombe di San Francisco kemudian menambah kari pedas, mentega kacang dan kacang almond yang dijadikan halwa untuk kerangupan sebelum dibekukan.

#3 Lobster

aiskrim lobster udang kara pelik

Kedai Ben & Bill di Maine, Amerika Syarikat mencipta aiskrim berperisa udang kara ini mungkin kerana belum ada orang yang pernah mencuba. Mereka menghiris kasar daging udang kara yang telah dimasak, digaul dengan mentega sebelum dicampurkan ke dalam bancuhan aiskrim. Rancangan Food Network dan the Today Show telah membuat sorotan episod istimewa tentang perisa aiskrim yang unik dan terlalu sedap ini.

#4 Foie gras dan telur ikan kaviar

aiskrim mewah foie gras caviar

Aiskrim yang berasal dari Perancis ini dicipta oleh pembuat aiskrim gourmet bernama Philippe Faur. Untuk pengetahuan anda, foie gras merupakan makanan mewah Perancis yang diperbuat daripada hati itik yang berlemak. Caviar pula merupakan satu lagi makanan mewah iaitu telur ikan yang telah diawet dengan garam. Apalah agaknya rasa aiskrim yang mengandungi kedua-dua bahan ini kan?

#5 Coklat dan wasabi

aiskrim coklat wasabi

Sebuah kedai aiskrim di Texas mencampurkan krim manis dengan coklat pahit Belgium, serbuk koko dan wasabi. Wasabi merupakan sejenis lobak pedas yang sering digunakan sebagai bahan sampingan sushi dan makanan Jepun yang lain. Jadi, aiskrim ciptaan Amy’s Ice Cream ini mempunyai rasa pedas, sejuk, manis dan pahit pada masa yang sama.

#6 Kari Lobak Merah

kari lobak merah aiskrim

Lagi satu ciptaan aiskrim mengandungi unsur kari. Jika anak anda sukar makan sayur, boleh cuba makan aiskrim ini. Ia diperbuat menggunakan krim, susu segar, santan, kari, kuning telur, gula perang dan rempah ratus.

#7 Sotong kurita

aiskrim perisa sotong kurita

Orang Jepun memang terkenal dengan ciptaan aneh serta makanan pelik mereka. Mungkin ini adalah salah satunya. Siapa sangka seekor sotong boleh dimasukkan ke dalam aiskrim begitu sahaja. Boleh terjual laku pula.

Apakah perisa aiskrim paling pelik yang anda pernah makan?

Sumber : peahgosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *