9 Koleksi gaun pengantin daripada watak-watak puteri Disney ini membuatkan bakal pengantin mahu mencubanya! No 9 Gaun Paling Epik!

Sebut sahaja tentang majlis perkahwinan kita sudah terbayangkan pakaian pengantin yang cantik, kek perkahwinan yang besar dan enak dan pelamin yang indah. Tidak kurang juga, ada bakal pengantin yang sudah menetapkan tema untuk majlis perkahwinan mereka sendiri sejak dari kecil lagi.

Baru-baru ini, syarikat pakaian perkahwinan Jepun Kuraudia Co. telah bekerjasama dengan Disney untuk membuat koleksi gaun pengantin yang berwarna-warni yang kelihatan seperti puteri-puteri dalam cerita yang kita gemari.

Secara keseluruhan, syarikat itu telah membuat empat belas pakaian yang diilhamkan daripada enam puteri iaitu Belle (“Beauty and the Beast”), CinderellaAriel (“The Little Mermaid”), Rapunzel (“Tangled”), Aurora (“Sleeping Beauty”), dan Snow (“Snow White”). Setiap pakaian ini akan disewakan bermula pada bulan November dengan kos kira-kira RM15,000 sepersalinan. Terdapat juga pilihan untuk mendapatkan tuksedo bagi pengantin lelaki yang sesuai dengan tambahan RM3,800.

Jom kita lihat koleksi pakaian pengantin ini dengan lebih dekat.

#1 Gaun yang diilhamkan dari puteri Cinderella ini sangat sesuai dipakai pada majlis tari-menari

#2 Gaun putih ini sangat mirip dengan gaun yang dipakai Snow White ketika dia menikahi putera idamannya

#3 Cekak rambut merah dan selempang biru dipinggang model menyempurnakan lagi pakaian seperti Snow White ini

#4 Puteri Aurora telah memakai beberapa pakaian yang berbeza warna dalam “Sleeping Beauty.” Tetapi di sini, pereka pakaian menghasilkan gaun berwarna merah jambu lembut.

#5 Gaun berwarna emas ini kelihatan sama seperti Belle dalam “Beauty and the Beast.”

#6 Gaun biru-hijau ini pasti mengingatkan anda tentang sirip Ariel dalam “The Little Mermaid”

#7 Bunga-bunga yang dilekatkan pada pakaian itu sama seperti yang dihiasi pada gaun Rapunzel dalam “Tangled”

#8 Sama cantik sama padan. Gaun yang diilhamkan dari Cinderella ini sangat sesuai dipadankan dengan tuksedo itu

#9 Tuksedo yang dipakai oleh model lelaki itu menambahkan lagi aura model perempuan yang cantik dalam gaun Belle dari “Beauty and the Beast.”

Sumber : Erabaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *